Visit:-

There was an error in this gadget

Mar 17, 2010

Pemergian Seorang Sahabat

OhJobs : Info Kerja Anda

Dua gelas pecah petanda suami maut

KUALA TERENGGANU – Seorang isteri tidak menyangka dua biji gelas yang pecah sewaktu sedang membasuh dan mengangkatnya di tempat kerja menandakan petanda buruk bahawa suaminya akan meninggal dunia.

Rosmalini Rosli, 20, yang bekerja di sebuah restoran di Wakaf Mempelam ketika ditemui berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan suaminya, Hasrol Fazli Salleh, 23, telah meninggal dunia akibat kemalangan dipercayai selepas menunggang laju dalam kejadian di Jalan Sultan Sulaiman, malam kelmarin.

“Saya tidak percaya kejadian tersebut menimpa suami kerana dia tidak mempunyai motosikal. Sebelum kejadian, dia berhasrat membawa saya ke tapak expo di Dataran Shahbandar, tetapi saya enggan kerana terlalu letih selepas pulang kerja,” katanya ketika ditemui, semalam.

Kejadian kira-kira jam 11.45 malam berlaku apabila mangsa yang juga seorang mekanik, berasal dari Kampung Gong Badak 4 dikatakan cuba mempamerkan aksi ‘wheely’ bersama rakannya kerana mahu menguji kelajuan motosikal berhampiran stesen minyak Shell Ladang.

Mangsa bagaimanapun tidak dapat mengawal kenderaan dengan baik sehingga melanggar pembahagi jalan sebelum melanggar pasu bunga mengakibatkannya terjatuh dan tidak sedarkan diri.

Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira sejam selepas kejadian akibat kecederaan parah pada kepala, selain patah tangan kanan selepas tercampak kira-kira 15 meter dari tempat kejadian.

Mangsa meninggalkan dua anak, Mohd Daniel Hakim, 3, dan Nor Farah Syakila, 12 bulan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin mengesahkan kejadian tersebut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber: Sinar Harian


Sedekahkan Al-Fatihah Kepada Arwah...

Amin..


7 comments:

  1. sek benetton gak ke ??
    al fatihah.....
    ni aku ni doktahu......

    ReplyDelete
  2. biar per pon.... yg pergi tetap pergi...
    pergi dgn mgejut tnpa disngka...
    biar pe org kata awk tetap suami sy...
    knangan awk ttp dgn sy... insyallh ank yg akn lahir xlama lg.. sy akn jga ank kita elok2..
    hasrol fazli b salleh pemergian awk begini xprnh sy sngka.. sy prnh myesal hidup bsama awk wlu isteri yg ke2

    ReplyDelete
  3. al-fatihah..
    crew 69 mengucapkan takziah pd kuarga arwh..

    ReplyDelete
  4. sian dier
    al-fatihah
    tp sye emang mnat glerr2
    pangkh

    ReplyDelete
  5. al - fatihah , sian molep .. anak2 kecik ag ayah dah pergi buad selamenya .. kepada isteri arwah . tabahkan hati , semoge roh arwah ditempatkan di tempat oram2 beriman .. amin (:

    ReplyDelete
  6. ASSALAMUALAIKUM... Al-fatihah besabar lah. . .allah lebih syg kannya. . Kita yg hidup kena terus.medidik anak2 hingga berjaya.inshallah. . Laman blog sy Http://www.starris90.blogspot.com

    ReplyDelete

Takkan Tgk Jer Kot?Comment Sket..