OhJobs : Info Kerja Anda
Info Terkini Benetton Terengganu Boleh Didapati Di Sini,Hanya Tekan LIKE! tHanKs!

Promosi: Klik Dibawah!

Visit:-

Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Feb 17, 2010

Adnan Sempit & Samseng Jalanan V3 - Siapa Tiru Siapa ?

OhJobs : Info Kerja Anda

Assalamualaikum..

Memang tak dapat dinafikan lagi,kite orang memang minat dalam permotoran nie..jadi kalau ada filem tentang permotoran nie memang kite orang support..Nak dijadikan cerita,Farid Kamil ada bagitau tentang cerita Adnan Sempit dipertengahan babaknya adalah Samseng Jalanan V3 yang diolah..nie kenyataan beliau..

Salam semua para sahabat... dukacita, apabila harta intelek saya diciplak...
Rempit V3 menjalankan shooting pada bulan Disember 2008, atas sebab2 tertentu Rempit V3 diharamkan tayangannya. Pelbagai usaha digerak akhirnya lulus dan akan ditayangkan pada 11 March 2010 ini dengan menggunakan tajuk "V3 Samseng Jalanan".

Adnan Sempit menjalankan shooting pada bulan Julai 2009.. Saya ada menonton Adnan Sempit, apa yang saya boleh cakap adalah hanya pada MULA dan AKHIR cerita itu adalah Adnan Sempit... Di TENGAH2 cerita itu ianya adalah V3 Samseng Jalanan yang telah diolah...

Kenyataan ini bertujuan mengelakkan kekeliruan penonton yang telah menonton Adnan Sempit dari menilai persamaan yang ada apabila V3 Samseng Jalanan ditayangkan kelak.
Kerja pihak - pihak tertentu yang licik mencipta peluang atas idea orang lain yang disekat, saya ucapkan 'Good Luck'...


Pape pon..kite orang tunggu Samseng Jalanan V3..Adnan Sempit mmg tak dinafikan mmg best gile..aku dua kali gi tgk..hehehhee..

ok..wa tunggu lu Samseng Jalanan V3




Sep 18, 2009

Program Jinak Mat Rempit

OhJobs : Info Kerja Anda

PUTRAJAYA: Remaja yang terbabit dalam kegiatan lumba motosikal haram atau Mat Rempit akan dipulihkan menerusi Program Remaja Perkasa Negara yang akan diwujudkan mulai Januari tahun depan.

Program yang dilaksanakan di bawah Permata Negara itu membabitkan remaja berusia antara 18 dan 25 tahun yang terbabit dalam kegiatan me rempit yang dianggap berisiko tinggi untuk terbabit dalam masalah sosial.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata sebagai permulaan seramai 50 remaja akan dipilih untuk menyertai projek perintis yang akan dilaksanakan Januari 2010.

“Mereka akan menyertai program itu selama dua minggu hingga enam bulan. Kita harap (mereka) dapat melalui proses pemulihan dan menambah kemampuan dari segi kemahiran kepimpinan, interaksi dan pengukuhan.

“Ia bukan bertujuan menghukum, tetapi memberi keyakinan dan kemampuan untuk mereka menjadi manusia berguna dan berjaya,” katanya pada sidang media selepas taklimat Program Permata di pejabatnya di sini, semalam.
Hadir sama, isterinya yang juga Penaung dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Permata Negara, Datin Seri Rosmah Mansor.


Najib berkata, Mat Rempit yang terbabit dalam program itu adalah mereka yang melakukan kesalahan, malah ada antara mereka didapati mengulangi kesalahan berulang kali.

Justeru, katanya, pihak mahkamah akan mengeluarkan arahan supaya mereka menyertai program berkenaan.

“Mereka adalah kumpulan yang dipanggil mat rempit yang melakukan kesalahan dan boleh disabitkan dengan undang-undang tertentu, ada peruntukan di mana kalau buat kesalahan itu boleh dikenakan hukuman oleh mahkamah.

“Remaja ini kalau kita tahan dalam penjara, mereka akan terdedah atau terpengaruh dengan pesalah jenayah berat dan kesannya mereka bakal menjadi penjenayah lebih berat.

“Penyelesaiannya bukan hantar mereka ke penjara, tetapi lebih kepada proses pemulihan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, projek perintis perlu diadakan terlebih dulu dan kerajaan akan melihat kesannya sebelum menimbang sama ada menambah program berkenaan atau sebaliknya.

Sementara itu, Najib berkata mesyuarat semalam juga bersetuju untuk mewujudkan Pusat Permata Pintar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk menempatkan kanak-kanak berkebolehan tinggi dan luar biasa yang dijangka beroperasi pada 2011.

Selain itu, katanya, jawatankuasa juga meneliti Program Permata Seni yang menumpukan kepada bidang seni koir dan muzik, di mana sekumpulan 33 kanak-kanak sudah dipilih untuk menyertai koir berkenaan yang bertujuan meningkatkan kebolehan mereka ke tahap antarabangsa seperti koir Diana Boys.

Sep 5, 2009

Videolumpur pick: Rempit Stunts

OhJobs : Info Kerja Anda

Friday, 17/04/09 - 16:14PM Filed in Blog by suling

Mat rempits have had their fair share of being villified in the media, but let's face it. We are all in some way fascinated by what the rempits can do - their death-defying stunts, their admirable braveness, their many hours spent to perfect a stunt...

And so, this week, we go all the way east to Terengganu to check out the Benetton Crew and some of the crazy things they do with their two-wheelers.

Enjoy!